Realiti

Assalamualaikum. Hmm. Kekadang. Aku rasa aku takda kawan pun. Kalau kira balik berapa banyak sekolah aku belajar. Sekolah rendah, menengah rendah, mrsm merbok, mrsm ph, matrik kedah, usm. Haaa. Ce kira. Mungkin tak banyak macam org lain. Tapi bagi aku. Buat apa banyak2 tempat tapi kawan macam takda. Penting sangat ke ada sahabat ni? Bagi aku penting lepas Allah, rasul, family, suami. Kekadang macam aku je syok sendiri nak rindu rindu. Depa tah rindu aku ke tak.. Terasa kekadang. Nak tulis kat twitter. Semua kawan2 aku mesti terasa pulak. Tulis kat blog takda org nak baca. Kekadang terfikir jugak. Depa ni ingat aku ke tak. Hmm. Sedih jugak. Tak tipu. Bila kat fb twitter. Depa sembang2 depa. Tak masukkan kita pun. Kalau aku buat camtu pun mesti kawan2 aku terasa. Kalau kita takda hati dan perasaan mungkin lebih bagus. Tak payah nak terasa hati. Tak payah nak bercintan cintun teriak sana sini. Rasa macam nak jadi heartless je. Kawan? Bila susah baru cari kot. Ada berapa kerat je kawan yg betul2 dengan aku sekarang. Mungkin dalam 4 or 5 camtuu. Tapi buat apa kita nak sedih tak pasal2 sedangkan kawan2 kita semua bergembira dan tak ingat langsung kita ni. Aku teringin nak bereunion dengan semua kawan2. Tapi semua mesti ada hal memasing. Aku tak salahkan depa pun. Kekadang aku busy jugak. Kekadang aku segan nak jumpa. Sebab aku akan rasa rendah diri. Idk why. This is my habit. Takpun. Ni perangai sebenar aku. Aku boleh gila dengan certain2 org ja. Nampak macam aku pendiam. Pendiam dengan org yg tak kenal aku. Sampai sekarang. Kawan2 aku ni takkan ada pengganti sampai bebila. Aku sayang yaya, tirah, paniz, jai, dani ❤❤❤ aku harap sayang aku ni dibalas. Sekian..

Dunia dan akhirat ❤

Assalamualaikum. Jadi, semua mesti sedang sibuk. Ada yg sibuk mengejar harta dunia sehingga lupa akhirat. Ada yg   Tidak lekang beribadat dalam bulan ni. Yg mengejar akhirat. Alhamdulillah. Sama sama perbaiki diri. Maka pintu untuk memohon keampunan telah dibuka seluas-luasnya. Marilah kita bertaubat kepada Allah. Ya, setiap yg baik mesti ada perbuatan yg jahat(senang cerita) di zaman silamnya. Tak salah kita bersujud memohon keampunan kepada Allah. Diri ini banyak sangat dosa di masa silam. Tak kurang juga akhir2 ini. Kita tak tahu apa yg kita lakukan betul2 diterima Allah atau tak. Jadi, berdoalah dan memohon keampuan. Istiqamah. Aku tak pandai nak nasihat or berkata2 pasal agama. Yg aku tahu. Aku tulis. Mungkin juga ada yg tak betul. Mohon diperbetulkan. Aku manusia yg tak lari dari membuat kesilapan.
Sekian ❤❤❤

Impian ❤

Assalamualaikum. Sebenarnya aku keliru. Betul ke apa yg aku tengah buat ni? Aku buat bisnes herbalife part time je. Tak serious mana lahh. Kalau nak salahkan herbalife tak jugak. Aku yg tak usaha mungkin. Once aku dapat minum murah. Aku ingat nak stop. Bukan. Slowkan bisnes. Macam kalau org nak baru aku order. Camtu laa. Aku ni sebenarnya nak jadi apa eh. Course aku kat U pun macam tak membantu. Bukan tak bersyukur. Bersyukur sangat2 dapat masuk universiti. Tapi with the course yg bagi aku. Course tu sangat sengsara. Terasa macam belajar bio. Serioussss. Tak tipu. Kekadang terfikir jugak apa yg aku belajar sebenarnya. Kenapa aku tak boleh terima apa yg aku belajar. Benda ni sebijik jadi masa kat mrsm dulu. Bila aku belajar bio. Satu apa pun tak boleh masuk. Bukan aku tak usaha. Aku usaha nak suka. Nak minat bio. Tapi kenapa tak boleh. Sekarang ni jadi balik. Semua yg kat maktab tu aku rasa balik. With the result yg tak memuaskan. Mungkin aku tak pandai dalam belajar? Mungkin aku ada kelebihan lain? I dont know why. Aku sangat suka menjahit. Yg ni lebih dari herbalife. Lebih dari apa yg aku suka. Itulah. Allah cipta manusia ni ada kelemahan dan ada kelebihan. Mungkin kelebihan aku menjahit. Boleh buat bisnes rasanya. Jual tudung, blouse, kain ke kan. But, semua yg aku nak jual. Menutup aurat. Itu impian aku. Itu angan2 aku. Entah jadi entah tidak. Sesungguhnya apa yg kita nak buat. Kita kena berbalik kepada Allah. Mintak petunjuk betul tak jalan yg kita pilih. Inshaa Allah. 

Gambar tudung yg dijahit sendiri. Rasa puas pakai tudung yg ikut citarasa sendiri.




Kalau org nak suruh aku buat tudung. Boleh je. Saya sedia membantu. 
Sekian.
Wallahualam ❤❤

Masanya. . .

Assalamualaikum.. Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Sedih mungkin. Tapi bersyukur. :'( bukan rezeki aku maybe. Terima dgn redha okay pikah. Inshaa Allah. Ada hikmah semua ni..

Berdebar

Assalamualaikum.. Tak tahu nak rasa apa sekarang. Hmm. Kalau boleh aku takmau tau pun apa yg aku dapat esok. Bertuah ke tak aku esok. Good news or bad news. Aku dapat rasakan macam... Takmau lah cakap. Aku serah semuanya kat Allah. Aku redha. Semua yg terjadi ada hikmahnya. Sentiasa berdoa. Berdoa dan berdoa. Semoga di bulan yg penuh dengan keberkatan ini. Akan ada berita gembira. Mengharap. Inshaa Allah.


Bulan keberkatan ❤

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan yg penuh barakah ini. Syukur sangat2 ya Allah. Semoga segala amalan yg kita lakukan diterima oleh Allah dan mendapat berkat. Amin. 
Ahlan wasahlan ya Ramadhan. 
Selamat berpuasa kepada semua umat islam. Doakan kita semua sentiasa mendapat keredhaan dari Allah. Doakan kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. Aminn :)

Perasaan

Assalamualaikum. Hati ni berdebar2 je. Taktahu kenapa. Result nak keluar. Rasanya aku dapat teruk result kali ni. Terasa rendah diri dengan kawan2 aku. Aku tau depa mesti study gila2 punya. Tapi aku? Hmm :( rasa terasing. Entah apa aku rasa. Semoga semua kawan2 aku dapat result yg cemerlang. Aku hanya mampu berdoa kpd Allah. Hati ini, perasaan ini. Hanya Allah saja yg tahu. 


Cuti

Assalamualaikum. Mungkin takda org yg nak baca. Lagi senang aku nak berceloteh. Cuti semester 2-3 bulan ni agak boring sebenarnya. Boring tu perkara biasa. Manusia. Tak habis2 mengeluh. Aku pun begitu.Huahua. At least taklah bosan dok usm sana. Tiap2 hari mesti nak kena fikir makan apa. Nak pakai baju apa. Stress belajar mathematics yg entah apa2. Yg ni mmg stress. To student yg nak further degree. Jangan ambil course matematik. Mmg kita boleh go on dengan math kat sekolah or matrik. Tapi, maths universiti totally different okay. Tak tipu. Kalau maths utk course fizik, bio , kimia or yg sewaktu dgnnya tak macam math yg budak maths belajar. Faham? Before nak ambil course ni. Set dalam mind. Maths universiti bukan calculation. Its about prove prove prove. Sometimes, tak perlu pun calculator. Bukan nak takutkan ke apa. But this is reality. Result sem1 aku tak boleh nak banggakan pun. Cukup2 makan. Yess. Sem2? Hmmm. Ya Allah. Kalau tak kena repeat syukur sangat.. Thinking to deactivate fb twitter or so on. Sometimes, benda2 ni buat aku rimas. 
Ramadhan dah nak hampir. Inshaa Allah kalau dipanjangkan umur untuk bertemu ramadhan kali ini. Rasa tak sabar nak berpuasa, solat terawih.. Sama2 kita tingkatkan ibadah okay? 

❤❤❤❤