Disember 2013

Assalamualaikum.. Alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur kita. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk berjumpa di tahun 2014. Lagi sehari nak menjengah 2014. Mesti semua ada azam baru. Azam aku? Rasanya sama macam azam yg lepas. Banyak lagi kot yg tak tercapai. Aku nak berjaya dalam pelajaran. Tapi tak tercapai lagi. Dan mestilah tak buat mak abah bangga. 

Kadang-kadang aku terfikir. Besarnya kuasa Allah. Sebab apa? Masa aku kecil lagi Allah lahirkan aku dalam keluarga yg sederhana. Lepastu dah masuk sekolah rendah. Allah bagi aku rasa kejayaan. Masuk sekolah menengah. Allah uji aku dengan macam2. At last, Allah bagi aku tersenyum. Alhamdulillah. Masa matrik pulak Allah bagi aku sedikit kesulitan. Tapi sebab aku fikir Allah letakkan aku kat sini. Jadi aku kena kuat. Dan Alhamdulillah sangat2. Allah dah aturkan yg terbaik sangat. Terima kasih Allah. Dan sekarang aku rasa tempat yg aku belajar ni mesti ada hikmah disebaliknya. Inshaa Allah. Allah maha besar. ❤️

No comments:

Post a Comment