Realiti

Assalamualaikum. Hmm. Kekadang. Aku rasa aku takda kawan pun. Kalau kira balik berapa banyak sekolah aku belajar. Sekolah rendah, menengah rendah, mrsm merbok, mrsm ph, matrik kedah, usm. Haaa. Ce kira. Mungkin tak banyak macam org lain. Tapi bagi aku. Buat apa banyak2 tempat tapi kawan macam takda. Penting sangat ke ada sahabat ni? Bagi aku penting lepas Allah, rasul, family, suami. Kekadang macam aku je syok sendiri nak rindu rindu. Depa tah rindu aku ke tak.. Terasa kekadang. Nak tulis kat twitter. Semua kawan2 aku mesti terasa pulak. Tulis kat blog takda org nak baca. Kekadang terfikir jugak. Depa ni ingat aku ke tak. Hmm. Sedih jugak. Tak tipu. Bila kat fb twitter. Depa sembang2 depa. Tak masukkan kita pun. Kalau aku buat camtu pun mesti kawan2 aku terasa. Kalau kita takda hati dan perasaan mungkin lebih bagus. Tak payah nak terasa hati. Tak payah nak bercintan cintun teriak sana sini. Rasa macam nak jadi heartless je. Kawan? Bila susah baru cari kot. Ada berapa kerat je kawan yg betul2 dengan aku sekarang. Mungkin dalam 4 or 5 camtuu. Tapi buat apa kita nak sedih tak pasal2 sedangkan kawan2 kita semua bergembira dan tak ingat langsung kita ni. Aku teringin nak bereunion dengan semua kawan2. Tapi semua mesti ada hal memasing. Aku tak salahkan depa pun. Kekadang aku busy jugak. Kekadang aku segan nak jumpa. Sebab aku akan rasa rendah diri. Idk why. This is my habit. Takpun. Ni perangai sebenar aku. Aku boleh gila dengan certain2 org ja. Nampak macam aku pendiam. Pendiam dengan org yg tak kenal aku. Sampai sekarang. Kawan2 aku ni takkan ada pengganti sampai bebila. Aku sayang yaya, tirah, paniz, jai, dani ❤❤❤ aku harap sayang aku ni dibalas. Sekian..

1 comment: