Impian ❤

Assalamualaikum. Sebenarnya aku keliru. Betul ke apa yg aku tengah buat ni? Aku buat bisnes herbalife part time je. Tak serious mana lahh. Kalau nak salahkan herbalife tak jugak. Aku yg tak usaha mungkin. Once aku dapat minum murah. Aku ingat nak stop. Bukan. Slowkan bisnes. Macam kalau org nak baru aku order. Camtu laa. Aku ni sebenarnya nak jadi apa eh. Course aku kat U pun macam tak membantu. Bukan tak bersyukur. Bersyukur sangat2 dapat masuk universiti. Tapi with the course yg bagi aku. Course tu sangat sengsara. Terasa macam belajar bio. Serioussss. Tak tipu. Kekadang terfikir jugak apa yg aku belajar sebenarnya. Kenapa aku tak boleh terima apa yg aku belajar. Benda ni sebijik jadi masa kat mrsm dulu. Bila aku belajar bio. Satu apa pun tak boleh masuk. Bukan aku tak usaha. Aku usaha nak suka. Nak minat bio. Tapi kenapa tak boleh. Sekarang ni jadi balik. Semua yg kat maktab tu aku rasa balik. With the result yg tak memuaskan. Mungkin aku tak pandai dalam belajar? Mungkin aku ada kelebihan lain? I dont know why. Aku sangat suka menjahit. Yg ni lebih dari herbalife. Lebih dari apa yg aku suka. Itulah. Allah cipta manusia ni ada kelemahan dan ada kelebihan. Mungkin kelebihan aku menjahit. Boleh buat bisnes rasanya. Jual tudung, blouse, kain ke kan. But, semua yg aku nak jual. Menutup aurat. Itu impian aku. Itu angan2 aku. Entah jadi entah tidak. Sesungguhnya apa yg kita nak buat. Kita kena berbalik kepada Allah. Mintak petunjuk betul tak jalan yg kita pilih. Inshaa Allah. 

Gambar tudung yg dijahit sendiri. Rasa puas pakai tudung yg ikut citarasa sendiri.




Kalau org nak suruh aku buat tudung. Boleh je. Saya sedia membantu. 
Sekian.
Wallahualam ❤❤

No comments:

Post a Comment